“Masa mula-mula kami try UV DTF ni… terus jatuh cinta!”

Bukan nak overclaim, tapi UV DTF Sticker ni memang buat ramai customer repeat order. Nak tau kenapa? Biar kami cerita sikit…

 

 ✨ Apa benda UV DTF ni?. 

UV DTF ni stand for Ultra Violet Direct To Film. Bahasa mudahnya — cetak design atas filem khas, lepas tu boleh tampal terus atas permukaan apa-apa… tanpa perlu heat press, tanpa water transfer, tanpa peeling yang leceh.

🔥 Kenapa ramai suka sangat UV DTF Sticker?

Peel & Stick je! Tak perlu heat press, terus tampal. Nampak Mewah. Warna & tekstur timbul, hasil premium. Tahan Lasak. Kalis air & calar, lekat kat botol, phone, helmet, laptop, cermin. Custom & Eksklusif, Naikkan value produk, nampak mahal & unik.

 

👇🏼  Sesuai untuk siapa?

Peniaga produk handmade – nak branding botol, kotak, packaging.

✅ Bisnes kecil – nak naikkan nilai produk tanpa kos mahal.

✅ Dekorasi DIY – tampal kat cermin, frame, hadiah, planner.

✅ Corporate gift & wedding – naikkan nilai doorgift anda.

🌸 Soalan Lazim (FAQ) UV DTF

💡 Apa itu UV DTF?

UV DTF (Direct-to-Film) ialah teknik cetakan pelekat berkualiti tinggi menggunakan teknologi UV. Ia boleh dilekatkan pada permukaan seperti kaca, plastik, kayu, logam dan banyak lagi — tanpa perlu heat press. Cetakan ini tahan air, tahan calar dan nampak premium.

🎨 Apa beza UV DTF dengan sticker biasa?

UV DTF lebih tahan lama, warna lebih vivid dan permukaan timbul (emboss effect). Berbanding sticker biasa, UV DTF tidak perlu lamination dan lebih eksklusif. Sesuai untuk jenama premium, doorgift, atau produk custom.

📁 Boleh cetak design sendiri?

Ya, kami tidak sediakan servis design. Pelanggan perlu hantar design sendiri kepada kami untuk proses cetak. Jika design tidak disusun dalam saiz A3/A4, kami kenakan caj RM10 untuk servis susun artwork.

📏 Saiz dan bentuk ada pilihan ke?

Saiz dan bentuk mengikut design yang dihantar. UV DTF tidak menggunakan proses cutting atau bleeding — design akan terus dicetak atas filem seperti mana yang dihantar.

⏰ Berapa lama masa siap?

Tempahan sebelum jam 12 tengahari akan disiapkan serta-merta dan dipos pada hari yang sama. Selepas buat tempahan, pelanggan perlu hantar file design dalam tempoh maksimum 2 jam.

🧴 Macam mana cara pasang UV DTF?

Mudah sahaja. Peel bahagian belakang transfer film, tampal di permukaan, tekan rata dengan jari/kad, kemudian tarik filem atas. Siap! Tak perlu air atau heat press.

🎨 Harga UV DTF Mesra Bajet, Kualiti Tip Top!

Nak hasil cetakan UV DTF yang tahan lama dan warna padu, Kami faham! Kami tawarkan harga berbaloi khas untuk peniaga, crafter dan DIY designer.

✅ Saiz A4

RM15 / keping

Ideal untuk permukaan besar – botol, kotak hadiah, dan produk kayu/akrilik.

✅ Saiz A3

RM30 / keping

Boleh letak banyak design dalam 1 sheet. Jimat & fleksibel!

🚀 Servis Laju Gila!

Tempahan sebelum 12 tengahari akan diproses & dipos hari yang sama (jika fail design lengkap). Pastikan file dihantar dalam tempoh 2 jam selepas tempahan dibuat.

📥 Cara Penyusunan Sticker Dalam A3 / A4

🖨️ Beri file yang sudah siap disusun dalam lembar A3 atau A4.

📏 Gap antara sticker disarankan 10mm, ini bertujuan memudahkan untuk anda memotong dan melekat sticker nanti.

🔄 Anda boleh susun sticker menegak/melintang, selari atau berterabur, tapi kami sarankan susun secara selari untuk maksimumkan jumlah dalam satu A3.

🎨 Anda juga boleh campur pelbagai design di dalam satu A3, asalkan muat!

Event Sekolah

BORANG TEMPAHAN UV DTF

Copyright © 2025 Stanza Creative (AS0388028-M)
Invi Print Jitra, No.4 Jalan PJ1, Pekan Jitra 2, 06000 Jitra Kedah.