











"Tempah untuk majlis sekolah – semua cikgu senyum lebar! Warna cantik, nampak eksklusif. Tahun depan confirm repeat lagi."
– Fatin, PIBG
"Plak ni naikkan imej majlis syarikat kami. Customer pun impressed. Memang puas hati dengan hasil & servis!"
– Encik Zul, HR Manager
Tiap kali hujung tahun, order memang mencanak naik! Sekolah habis, majlis bertindih, tempahan penuh. Elok tempah awal, senang kami siapkan cantik-cantik, tanpa kelam kabut. Awal tempah, hati pun tenang.
Tuan/Puan boleh pilih design latar belakang daripada katalog sedia ada. Warna latar boleh juga diminta ikut tema majlis, kami akan cuba sesuaikan selagi ia serasi dengan rekaan keseluruhan.
Kami sediakan lebih 13 jenis bentuk menarik seperti bulat, petak, heksagon, bentuk hati dan banyak lagi. Semua bentuk ni eksklusif dan memang ramai pelanggan suka. Tapi hanya bentuk yang ada sahaja boleh dipilih ya.
Bagus! Tuan/Puan boleh beri ayat penuh atau point penting sahaja. Team kami akan bantu susun semula ayat supaya lebih kemas, puitis dan sesuai dengan rekaan keseluruhan plak.
Boleh. Kami ada pilihan add-on untuk masukkan gambar ke dalam plak. Kalau ada promosi, mungkin percuma – tapi jika tiada promosi semasa, caj tambahan akan dikenakan. Boleh terus tanya team sales untuk tahu harga terkini.
Tempoh siap bergantung pada jumlah tempahan. 1 keping biasanya ambil masa 1–2 hari bekerja. Jika tempah 5 keping, anggaran siap dalam 3 hingga 5 hari bekerja. Untuk 10 keping ke atas, kami akan siapkan dalam 7 hari bekerja. Pastikan tempah awal untuk elak kelewatan terutama musim anugerah dan cuti sekolah.
Kami buat penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Caj penghantaran bergantung pada kuantiti dan berat plak yang dipesan. Untuk tahu anggaran kos pos, boleh terus tanya team sales yang sedang urus tempahan Tuan/Puan.